Anakku
Tahukah kau
betapa gembira nya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu
biarpun tempoh menanti jerit tangis itu
bergelut dengan kudrat dan nyawa
namun ibu bangga kerana pertarungan itu diakhiri dengan suria
yg sekian lama dinanti
Anakku
Terasa baru semalam ibu mandodoimu
meriba dan mnyusuimu
bagaikan baru kelmarin kau berlari2 anak
belajar bercakap merengek minta dibelai disuap nasi ke mulut
hiangga ibu lupa rupanya anak ibu dah besar panjang pun..
pejam celik pejam celik
dah tiba masanya kita berpisah buat seketika
dan ingatlah anakku sayang
pergimu bukan bererti engkau lepas bebas
tpi anak ibu pergi dengan satu tujuan
menunaikan impian semua
ingat anakku kita bukan org senang
ibu tak ada harta utk ditinggalkan
kecuali ilmu yg kau ada
ibu dah bekalkn kau dengan Agama
amalkanlah setiap masa
buatlah apa yg disuruh
tinggalkan apa yg ditegah
pesan ibu jangan kau bazirkan masa dengan perkara yang bukan-bukan
jangan ikut keletah rakan-rakan
gunakanlah peluang ini kerana ia datang hanya sekali
dan ketika ia kembali
ibu dapat bayangkan betapa bahagianya hidup ini
betapa ringannya bebanan
bila kau datang membantu adik-adik yang masih bersekolah
dan pasti ketika itu kita dah tak tinggal lagi di rumah usang
biarpun masanya masih panjang lagi
tapi ibu sentiasa mendoakan ianya menjadi kenyataan
biarpun ibu di sini masih bermain lumpur
bermandikan getah utk menyaramu
tapi ibu berharap sangat
janganlah siakan keringat ibumu yg mengharap
No comments:
Post a Comment