Wednesday, 20 May 2009

Pengajaran dari Surah Al Mukminun (Ayat 1-11)



Orang- orang mukmin yang mendapat kemenangan ialah:



  • Orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Erti Khyusuk itu ialah berhati tenang dalam sembahyang dan takut kepada Allah SWT serta memerhatikan apa-apa yang dibaca dalam sembahyang. Sebab itu mestilah setiap orang menghafal erti bacaan yang di baca di dalam sembahyang.
  • Orang-orang yang tidak mahu bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.
  • Orang-orang yang memelihara kehormatannya(tidak berzina), kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya.
  • Orang-orang yang memelihara amanat dan mengembalikan kepada orang empunya, umpama titipan wang dan sebagainya.
  • Orang-orang yang menepati janji(setia kepada janjinya).
  • Orang-orang yang menjaga waktu sembahyang, iaitu mengerjakan tepat pada waktunya, iaitu 5 waktu bagi orang yang menetap dan 3 waktu bagi musafir(berjalan;begitu juga bagi orang sakit). Orang-orang inilah yang berhak mendapat syurga Firdaus serta kekal di dalamnya.

No comments: